Soalan Lazim
Polisi Resit Rasmi
Resit teperinci akan dikeluarkan atas permintaan sahaja.
Polisi Sijil Perubatan (MC)
MC tidak dibenarkan dikeluarkan di kaunter pendaftaran atau dispensari. Pesakit perlu berjumpa doktor terlebih dahulu.
Tempoh maksimum MC adalah 2 hari (kecuali untuk luka kemalangan/jatuh, penyakit berjangkit).
Polisi Slip Masa (Time Slip)
Slip masa akan diberikan untuk tempoh 2 jam dari masa pendaftaran.
Polisi Permohonan Laporan Perubatan
Dokumen lengkap dan borang akan diproses dalam tempoh 14 hari bekerja tidak termasuk Sabtu dan Ahad, Cuti Umum, dan mengikut giliran permintaan.
Laporan perubatan hanya boleh dikeluarkan selepas borang persetujuan diambil daripada pesakit.
Polisi Panel
1. Penggunaan Panel
Penggunaan panel tidak boleh dipindah milik. Panel yang didaftarkan atas nama pekerja tidak boleh digunakan oleh tanggungan atau individu lain yang tidak didaftarkan.
2. Pengesahan Pesakit
Pesakit perlu membawa kad pengenalan, ID pekerja atau borang rawatan syarikat untuk tujuan pengesahan. Jika pesakit gagal memberikan dokumen pengenalan yang sah, klinik berhak untuk menolak pesakit daripada menggunakan perkhidmatan panel. Ini adalah untuk mengelakkan tuntutan yang tidak dibayar oleh syarikat panel.
3. Ubat Jangka Panjang
Pesakit panel tidak dibenarkan mengambil ubat jangka panjang melainkan mereka layak untuk itu.
4. Ubat/Suntikan yang Tidak Dilindungi
Vitamin, suplemen, probiotik, losyen, dan pembersih biasanya tidak dilindungi oleh panel kecuali pesakit layak untuk ubat tersebut. Permintaan untuk barangan ini daripada pesakit adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, preskripsi untuk suplemen ini di bawah cadangan doktor adalah dibenarkan, dan pesakit perlu menanggung kos sendiri.
5. Prosedur yang Tidak Dilindungi
Klinik akan mengesahkan dahulu dengan syarikat panel untuk setiap prosedur sebelum ia dilaksanakan ke atas pesakit. Prosedur yang tidak dilindungi oleh panel mesti dibayar oleh pesakit.
6. Pemeriksaan Perubatan/Saringan Kesihatan
Pesakit mesti mendapatkan Surat Jaminan (GL) daripada syarikat untuk sebarang saringan kesihatan yang dijadualkan atau rutin. Pesakit bertanggungjawab untuk menanggung kos pemeriksaan perubatan yang tidak dilindungi oleh panel.
Polisi Privasi Data untuk Notifikasi Penyakit Berjangkit
Kejadian penyakit berjangkit perlu dilaporkan untuk mencegah penyebarannya dan mengawal daripada meningkat menjadi wabak yang boleh mengancam nyawa manusia. Pemberitahuan atau laporan wajib kejadian penyakit berjangkit kepada pihak berkuasa adalah disediakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit, yang telah diwartakan pada tahun 1993, juga memerlukan pemberitahuan 26 jenis penyakit berjangkit di bawah undang-undang kesihatan awam tersebut menggunakan Borang Pemberitahuan yang spesifik.
Apakah penalti untuk tidak melaporkan penyakit berjangkit?
Di bawah Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998, kompaun sebanyak RM 1000 boleh dikenakan oleh Ketua Pengarah atau Pegawai Kesihatan atas kesalahan tidak melaporkan kejadian penyakit berjangkit. Seksyen 24 di bawah akta ini juga mengenakan Penalti Umum, dan jika disabitkan, pesalah boleh dihukum penjara tidak lebih daripada 2 tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.